Blog Eskayvie

Dah ambil sayuran dan buahan ke harini?  Kenapa pentingnya makanan ini dalam kehidupan kita?  

Eskayvie I-QIDS - 22 Ekstrack buahan dan sayuran

photo_2022-05-25_10-18-08.jpg
Dah ambil sayuran dan buahan ke harini?  
 
Kenapa pentingnya makanan ini dalam kehidupan kita?  
 
Kalau nak tahu, sebenarnya sayur-sayuran dan buah-buahan merupakan sumber antioksidan utama dalam pemakanan harian kita. Kandungan bahan antioksidan, polifenol, flavonoid dan nutrisi-nutrisi lain di dalamnya amat penting untuk mengatasi kesan radikal bebas yang boleh menyebabkan stress dan kerosakan pada sel di dalam badan termasuklah di otak.  
 
Lebih daripada 90% rakyat Malaysia tidak mengambil sayuran dan buahan secara mencukupi termasuklah kanak-kanak. Tapi apa nak buat kalau anak kita jenis tak suka makan sayur dan kurang gemar mengambil buahan? Pelbagai cara dilakukan sehingga ibu bapa naik buntu.  
 
Sebab itu, pengambilan makanan tambahan dalam bentuk ekstrak sayuran dan buahan amat diperlukan buat masa ini untuk memanfaatkan kebaikan antioksidan di dalam sayuran tersebut.  
 
Ekstrak sayuran dan buahan ni bukan saja mempunyai kandungan antioksidan yang lebih tinggi berbanding 5 hidangan buahan dan sayuran, tetapi juga mempunyai penyerapan bahan fenolik dan polifenol yang optima untuk memenuhi keperluan nutrisi kanak-kanak, lebih-lebih lagi yang kurang makan sayur.  
 
Jelas kan?  
 
Semoga perkongsian ini dapat membantu anda untuk meningkatkan lagi kesihatan dan perkembangan minda anak anda.