Blog Eskayvie

Adakah anda tahu kepentingan prebiotik dalam kehidupan anak anda? 

Eskayvie I-Qids - Khasiat Prebiotik

photo_2022-05-29_07-05-09.jpg
Adakah anda tahu kepentingan prebiotik dalam kehidupan anak anda? 
Kalau nak tahu, prebiotik merupakan baja yang menyuburkan kehidupan probiotik atau bakteria-bakteria baik di dalam usus. Apabila kesihatan usus terjaga, ia akan membentuk satu ekosistem usus yang sihat dan meningkatkan penyerapan nutrisi dengan lebih efisien. 

Disebabkan bakteria probiotik lebih mudah terjejas dan rosak akibat persekitaran, ramai yang gemar mengamalkan makanan tambahan prebiotik sebagai alternatif untuk memastikan kesihatan usus. 

Antara manfaat prebiotik termasuklah: 
1) Menjadi makanan kepada bakteria baik di dalam usus 
2) Menyihatkan usus untuk penyerapan nutrien yang lebih efisien 
3) Membantu masalah sembelit 
4) Membantu mengawal selera makan & elakkan obesiti 
5) Membantu mengurangkan kolesterol

Macam-macam sebenarnya fungsi prebiotik ni. Kebiasaannya didapati dalam pelbagai bentuk seperti inulin, fructooligosaccharide, galactooligosaccharide dan banyak lagi. Disebabkan rasanya yang sedikit manis, menjadikannya satu nutrisi mudah untuk diamalkan oleh kanak-kanak! Apabila usus anak menjadi sihat, penyerapan nutrisi ke dalam badan juga menjadi lebih mudah. 

Semoga perkongsian ini dapat membantu anda untuk meningkatkan lagi keupayaan perkembangan minda anak anda. 
Ibu-Ibu dan Bapa- Bapa boleh dapatkan I-Qids sekarang di Eskayvie.com

Atau boleh berhubung dengan Agen Eskayvie sekarang.